suria

Kristen Stewart Tertekan Dengan Peminat Twilight

PELAKON, Kristen Stewart (gambar), 20, merasa tekanan besar daripada peminat filem, Twilight dan bimbang dirinya "dianiaya" jika dia tidak berjaya membawa karakternya dengan baik.

Stewart memainkan watak Swan Bella dalam siri filem itu dan dikisahkan bercinta dengan Robert Pattinson.

Akuinya, dia bimbang bagaimana penonton akan menafsir tentang watak yang sangat digemarinya.

"Saya berasa kalau saya tidak meletakkan watak yang benar, saya akan dianiaya," kata Stewart.

Artikel Lain