suria

Mark Wahlberg Terima Anugerah 'Walk of Fame'

BEKAS rapper Mark Wahlberg (gambar) merupakan seorang lagi aktor Hollywood yang mendapat penghormatan di Hollywood Walk of Fame.

Wahlberg, 39, mengaku seakan-akan tidak percaya setelah menerima penghormatan itu. Dia berterima kasih kerana keluarganya turut menghadiri detik-detik bersejarah itu.

"Ketika saya mendapat tahu akan menerima penghormatan ini, saya merasa ini hanya suatu gurauan," kata Wahlberg, menurut BBC, Sabtu.

Teman seperjuangan Wahlberg dalam filem The Other Guys, Will Ferrell juga hadir pada majlis itu.

"Saya mula meminati Mark selepas saya menonton video filem-filemnya," kata Ferrell sambil tertawa.

Sebelum ini bintang Hollywood yang turut mendapat penghormatan Hollywood Walk of Fame adalah Cameron Diaz pada 2009 dan P. Diddy pada 2008.

Artikel Lain