suria

Mel Gibson Kemuka Bukti Peras Ugut

Mel Gibson - Foto THE STAR Oleh MEL GIBSON
Mel Gibson - Foto THE STAR Oleh MEL GIBSON
Mel Gibson - Foto THE STAR Oleh MEL GIBSON

PELAKON Hollywood, Mel Gibson telah mengemukakan bukti kepada pihak polis bagi menyokong dakwaan bekas teman wanitanya, Oksana Grigorieva cuba memeras ugutnya sebanyak AS$10 juta (RM 31.94 juta) untuk mendapatkan rakaman telefon yang merekodkan maki hamunnya.

Menurut media, bintang filem Braveheart dan peguamnya dilaporkan mengemukakan e-mel dan mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk membuktikan kes mereka.

Bekas pasangan yang berpisah pada awal tahun ini terlibat dalam perbicaraan kes mendapatkan hak penjagaan anak perempuan mereka, Lucia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain