suria

Permohonan Tuntutan Norish Karman Ditangguh 1 September

Norish Karman selepas kes perceraiannya ditangguhkan Mahkamah Syariah Shah Alam tahun lalu.
Norish Karman selepas kes perceraiannya ditangguhkan Mahkamah Syariah Shah Alam tahun lalu.
Norish Karman selepas kes perceraiannya ditangguhkan Mahkamah Syariah Shah Alam tahun lalu.

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Rabu menetapkan 1 September depan untuk pelakon Norish Karman menjawab permohonan bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir yang membantah permohonan interlokutari daripada Norish.

Permohonan interlokutari (permohonan dalam permohonan) tersebut berhubung isu persekolahan anak dan sebuah kereta lengkap dengan cukai jalan dan insurans untuk kegunaan anak serta tuntutan harta sepencarian.

Hakim Syarie, Tuan Zainor Rashid Hassin membuat penangguhan tersebut selepas kedua-dua pihak iaitu plaintif dan defendan serta peguam mereka tidak hadir ke mahkamah pada Rabu.

Norish atau nama sebenarnya Nor'Asikin Karman diwakili oleh peguam syarie, Amli Embong manakala Hashimuddin yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Menanti (Negeri Sembilan) diwakili oleh peguamnya Muhammad Buruk.

Amli dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) memberitahu dia tidak dapat hadir ke mahkamah kerana mempunyai kes lain di Melaka.

Pada 30 Jun lalu, Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad yang mengendalikan permohonan hak penjagaan kekal anak-anak oleh Norish terhadap bekas suaminya ketika itu menetapkan hari ini untuk Norish menjawab permohonan interlokutari Hashimuddin.

Pasangan tersebut berkahwin di Perlis pada 11 Januari 1998 dan disahkan bercerai pada 15 Julai 2008.

Artikel Lain