suria

Orlando Bloom Berkahwin Dengan Model Victoria's Secret

Orlando Bloom dan Miranda Kerr bergambar sebelum lelaki itu menerima ijazah dari Universiti Kent di Canterbury, England, pada 13 Julai lalu. - Foto AP

SEPERTI pasangan Megan Fox dan Brian Austin Green, pelakon Orlando Bloom turut memilih berkahwin secara rahsia dengan model pakaian dalam Victoria's Secret, Miranda Kerr.

Bintang filem Lord of the Rings itu berkahwin buat kali kedua.

Menurut Us Weekly, jurucakap pasangan itu mengesahkan Bloom dan Kerr sudah berkahwin. Namun dia belum memberikan kenyataan rasmi tentang bila dan di mana pernikahan tersebut berlangsung.

Sementara Washington Post melaporkan Kerr sebelum ini pernah meminta kebenaran kepada sebuah pusat membelu-belah yang melantiknya sebagai duta fesyen untuk berbulan madu. Sepatutnya model berusia 27 tahun itu muncul dalam pelancaran koleksi terbaru David Jones di Australia pada 3 Ogos ini.

"Kami mengumumkan berita menggembirakan bahawa Miranda dan Orlando sudah berkahwinbaru-baru ini dan mereka sekarang sedang berbulan madu sehingga Miranda tidak boleh bekerja dengan kami," kata jurucakap David Jones, Colette Garnsey.

Bloom dan Kerr bercinta selama hampir tiga tahun. Mereka mengikat tali pertunangan pada Jun 2010 lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain