suria

Lindsay Lohan Mahu Kongsi Pengalaman Di Penjara

SETELAH dibebaskan dari penjara nanti, aktres Hollywood Lindsay Lohan (gambar) akan menceritakan pengalamannya selama di sana. Malah sebuah stesen TV sudah menandatangani perjanjian dengannya untuk muncul dalam sebuah program bual bicara.

Hal tersebut sudah disahkan oleh ibunya, Donata atau Dina. Lindsay telah bersetuju untuk tampil dalam program TV tersebut setelah selesai menjalani hukuman penjara.

"Pada malam Isnin sebelum masuk penjara, dia menandatangani kontrak eksklusif untuk televisyen," kata seorang sumber kepada Showbiz Spy, Jumaat.

Wanita itu akan menceritakan pengalamannya di dalam penjara dalam program itu selama tiga hari berturut-turut.

Bintang filem berusia 24 tahun itu dipenjarakan di salah sebuah penjara di Century Regional Detention Facility, Lynwood, California sejak 20 Julai lalu selama 14 hari.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain