suria

Tujuh Peserta Terpilih Ke "Keynote" Akhir

PETALING JAYA: Rancangan Keynote yang berlangsung pada Rabu lalu dengan tema Malam Pesta Ria menyaksikan seramai tujuh peserta layak ke peringkat akhir yang akan di adakan pada 28 Julai ini.

Antara peserta yang bakal berentap pada malam akhir ialah Faan, Nomad, Keroz, Nero, Nazrin, Khoo dan satu-satunya komposer wanita iaitu Rina.

Selain itu ke tujuh-tujuh finalis itu bertarung dengan lagu masing-masing bersama barisan artis-artis ternama tanah air seperti Zainal Abidin, Misha Omar, Hattan, Tam Spider, One Nation Emcee, Alyah, Noryn Aziz, Vince dan Soo Wincci.

Siaran rakaman akan berlangsung pada Selasa, 27 Julai pukul 8 malam bertempat di Hall of Fame, Universiti Lim Kok Wing Cyberjaya.

Orang ramai dijemput hadir dan pas-pas percuma boleh diperolehi di pintu masuk dewan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain