suria

Stephen Chow Berpisah Selepas 10 Tahun Bercinta

Yu WenFeng (kanan) berpisah dengan Chow gara-gara kekasih baru.
Yu WenFeng (kanan) berpisah dengan Chow gara-gara kekasih baru.
Yu WenFeng (kanan) berpisah dengan Chow gara-gara kekasih baru.

PELAKON, pengarah, penerbit dan pelawak terkenal, Stephen Chow dikhabarkan telah berpisah dengan kekasihnya, Yu WenFeng selepas 10 tahun bersama. Pasangan itu bercinta sejak tahun 1999.

Sepanjang mereka bersama, WenFeng banyak membantu menguruskan hal ehwal syarikat filem milik Chow, Star Overseas, selain turut mendapat jolokan sebagai 'bintang ciptaan' pengarah filem Shaolin Soccer itu.

Menurut beberapa sumber, perpisahan mereka dikatakan berpunca daripada WenFeng yang sudah menemui kekasih baru, Liu Hiu Sing, seorang anak hartawan bank Chong Hing iaitu Liu Lit Man.

Sementara itu, wakil kepada syarikat Chow dalam kenyataannya berkata, "Kami tidak akan memberikan sebarang respons dan campur tangan dalam urusan peribadi artis-artis kami." - The Sun, fun.hsw.cn

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain