suria

Leonardo DiCaprio Hampir Mati Lemas

PELAKON Hollywood, Leonardo DiCaprio (gambar) hampir mati lemas semasa menyelam di Galapagos Islands.

Dia hampir lemas semasa membuat penggambaran dengan sekumpulan ikan pari.

"Saya sedang cuba mengambil gambar dengan sebuah kamera. Saya percaya tangki tidak diikat dengan betul dan saya mengalami tekanan sebanyak 40 paun," katanya kepada media.

DiCaprio mengaku dia terbayangkan hayatnya akan berlalu di depan mata.

"Apa yang fikir ketika itu adalah membebaskan diri dari situasi tersebut," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain