suria

Mel Gibson Terpaksa Jual Rumah

Mel Gibson berlakon dalam filem Braveheart.
Mel Gibson berlakon dalam filem Braveheart.
Mel Gibson berlakon dalam filem Braveheart.

RUMAH yang diduduki oleh aktor, Mel Gibson dan bekas teman wanitanya, Oksana Grigorieva di California telah disenaraikan untuk dijual.

Media melaporkan, hartanah mewah yang terletak di Lavender Hill Farm, di Malibu, California itu mempunyai enam bilik tidur, enam bilik air, kebun, gelanggang tenis dan kolam renang.

Sumber lain menyatakan, harga pasaran rumah itu diletakkan pada jumlah $9.7 juta pounds.

Pada minggu lalu, Gibson dilaporkan telah menjual hartanahnya yang terletak di Connecticut, yang berada dalam pasaran selama tiga tahun sebelum berjaya dijual.

Sementara itu, Grigorieva mendakwa pelakon itu telah menyerangnya dan anak perempuan mereka, Lucia dalam keadaan marah.

Insiden itu dirakamkan dalam pita rakaman.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain