suria

Kylie Minogue Sifatkan Fesyen Lady Gaga Aneh

PENYANYI pop Australia, Kylie Minogue mendedahkan dia tidak pernah membayangkan untuk memakai memakai pakaian Lady Gaga yang disifatkan sebagai aneh.

Dia kini sedang mempromosikan album terbarunya, Aphrodite.

Minogue yang mengakui dia berani dalam pilihan fesyen semasa beraksi di pentas atau untuk sesi foto, tetapi tidak boleh ‘melakukannya untuk sepanjang masa’.

“Saya tidak boleh berjalan di Chelsea dengan memakai kaca mata hitam berbentuk satelit. Itu bukan saya,” kata Minogue kepada media. Media turut melaporkan, Minogue mengambil cuti daripada mempromosikan albumnya untuk melawat anak saudaranya, termasuk Ethan iaitu anak kepada adiknya, Dannii.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain