suria

Jackie Chan Ingin Berehat Berlakon Filem Aksi

Jackie Chan bergambar ketika hadir ke tayangan perdana filem "The Karate Kid" di Berlin, pada 19 Julai 2010. Filem itu ditayangkan di pawagam Jerman pada 22 Julai 2010. - Foto REUTERS
Jackie Chan bergambar ketika hadir ke tayangan perdana filem
Jackie Chan bergambar ketika hadir ke tayangan perdana filem "The Karate Kid" di Berlin, pada 19 Julai 2010. Filem itu ditayangkan di pawagam Jerman pada 22 Julai 2010. - Foto REUTERS

PELAKON aksi ngeri, Jackie Chan ingin berehat daripada berlakon dalam filem aksi.

Bintang kelahiran Hong Kong bersyukur sebelum ini Will Smith menawarkan skrip The Karate Kid kepadanya.

"Will sebenarnya menelefon saya dan berkata; "Ayuh, kita berlakon bersama dalam filem The Karate Kid".

"Saya tidak pasti sama ada ingin menerima tawaran berlakon ketika itu tetapi saya meminta dia menghantar skrip kepada saya," katanya.

Media melaporkan pelakon berusia 56 tahun itu tidak terlalu berminat untuk membawa semula watak Inspektor Lee dalam filem Rush Hour dan lebih suka berlakon dalam filem yang lebih serius.

"Saya selalu berkata pada diri sendiri berapa lama saya boleh melakukan aksi ngeri kerana pelakon aksi ramai memiliki hayat yang pendek.

"Di Hollywood, setiap kali saya menawarkan skrip, mereka akan menawarkan Rush Hour 3, Rush Hour 4 dan saya berkata., "Saya tidak mampu melakukan itu lagi!" kata Chan.

Artikel Berikut

Artikel Lain