suria

Cacian Tiger Woods Dirakam

Tiger Woods melambai kepada orang ramai selepas menamatkan permainannya di kejohanan golf Terbuka British di St. Andrews, Scotland pada 18 Julai, 2010. - Foto AP

SELEPAS kes perceraiannya pada November tahun lalu menjadi tajuk berita, pemain golf, Tiger Woods sekali lagi mencuri tumpuan orang ramai apabila aksi dia mencaci semasa kejohanan golf Terbuka British di St Andrews dirakamkan dalam televisyen.

Woods telah bekerja keras untuk meningkatkan imejnya sejak berita kecurangannya tersebar tahun lalu.

Bagaimanapun, mikrofon televisyen berjaya merakamkan bunyi maki hamun pemain golf nombor satu dunia itu.

Rakaman itu mendedahkan Woods mengutuk kerana pukulan tersasar dalam pertandingan tersebut.

Artikel Berikut

Artikel Lain