suria

Hudgens Guna Losen Anti-Kedut

Vanessa Hudgens hadir ke Disneyland di California pada 10 Jun 2010. - Foto AP
Vanessa Hudgens hadir ke Disneyland di California pada 10 Jun 2010. - Foto AP
Vanessa Hudgens hadir ke Disneyland di California pada 10 Jun 2010. - Foto AP

PELAKON muda, Vanessa Hudgens amat menjaga kejelitaan wajahnya walaupun dia masih muda.

Ketika usianya baru menginjak 21 tahun, dia sudah mula menggunakan krim anti-kedut.

Bintang teater The High School Musical itu menegaskan adalah agak sukar untuk seseorang wanita tua tanpa menampakkan kesan-kesan ketara di Hollywood.

Justeru, dia tekad untuk kelihatan muda dengan mengenakan losen khas.

"Saya mula memakai losen anti-penuaan. Adalah lebih baik mula memakainya lebih awal kerana produk tersebut amat berkesan. Pakai sedikit losen daripada mendapatkan kedutan. Ia adalah tip kecantikan yang bagus," katanya.

Artikel Lain