suria

Justin Bieber Kalahkan Lady Gaga di YouTube

BIARPUN Lady Gaga berjaya mengalahkan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dari segi jumlah peminat menerusi laman sosial Facebook, penyanyi itu bagaimanapun tewas ditangan Justin Bieber (gambar) di laman Youtube.

Menurut Contactmusic, Ahad, lebih dari 246 juta orang menonton video single Justin yang bertajuk Baby.

Dalam lagu tersebut, remaja berusia 16 tahun itu menyanyi dengan rapper Ludacris.

Sementara itu, jumlah penonton video klip Bad Romance milik Lady Gaga di YouTube dikatakan tidak mampu menandingi angka tersebut.

"Saya memulakan semuanya dari YouTube, jadi... wow!," tulis Bieber menerusi akaun Twitter-nya.

Bieber mula dikenali ketika dia memuat turun video persembahan nyanyiannya di YouTube.

Kemudian, baru dia dilamar oleh penerbit untuk membuat album. Usher juga berperanan besar dalam kejayaan Bieber. Kini dia berjaya mengumpul peminat yang tidak terhitung jumlahnya di seluruh dunia.

Artikel Lain