suria

Bekas Kekasih Mel Gibson Mohon Ganti Rugi AS$10 Juta

RAKAMAN audio dakwaan Mel Gibson (gambar) mengancam dan menyumpah bekas kekasihnya, Oksana Grigorieva telah tersebar di Internet.

Dalam rakaman tersebut, sutradara Passion of the Chris itu memaki Oksana dengan kata-kata rasis. Oksana juga telah melapor kepada pihak polis atas tindakanyang dilakukan Mel kepada dirinya.

Menurut Showbiz Spy, Sabtu, hingga kini rakaman percakapan itu masih disimpan oleh Oksana. Rakaman tersebut dipercayai mampu menjadi bukti untuk menjatuhkan Mel.

Wanita yang telah melahirkan anak Mel itu juga memasang strategi untuk mengancam Mel.

Sumber mengatakan bahawa Oksana meminta ganti rungi sebanyak AS$10 juta terhadap Mel. Sekiranya dia menerima wang itu, Oksana juga berjanji akan menghancurkan rakaman tersebut termasuk e-mel dan bukti lain yang dimilkinya.

"Akan ada banyak bukti untuk Mel," tutur sumber.

Oksana dikhabarkan sering menghubungi Mel untuk menuntut nafkah anaknya. Namun Mel menolak kerana sebelum ini dia gagal mendapatkan hak jagaan puterinya, Lucia yang baru berusia 8 bulan.

Mel dan Oksana bercinta pada April 2009. Mereka muncul di hadapan publik selang beberapa minggu setelah isteri Gibson iaitu Robyn Moore, memfailkan cerai.

Selang setahun selepas itu, kisah kasih Mel dan Oksana hancur. Pada 20 April tahun ini, Oksana meminta untuk putus daripada Mel Gibson.

Artikel Lain