suria

Mel Gibson Tidak Dilucutkan Hak Melawat Anak

Mel Gibson dan Oksana Grigorieva tiba di tayangan perdana filem Edge Of Darkness di Paris pada 4 Februari lalu. - Foto AP
Mel Gibson dan Oksana Grigorieva tiba di tayangan perdana filem Edge Of Darkness di Paris pada 4 Februari lalu. - Foto AP
Mel Gibson dan Oksana Grigorieva tiba di tayangan perdana filem Edge Of Darkness di Paris pada 4 Februari lalu. - Foto AP

WALAUPUN kes hak penjagaan anak oleh selebriti Mel Gibson dan Oksana Grigorieva belum diputuskan, sumber memberitahu TMZ bahawa hakim yang mengendalikan kes itu membenarkan Gibson melawat anaknya Lucia buat masa ini.

Mereka telah menandatangani satu perjanjian melawat anak perempuan mereka pada awal tahun ini yang antara lain menggariskan masa lawatan pada waktu siang serta bermalaman sekali pada setiap minggu.

Khamis lalu, Gibson dan Grigorieva menghadiri satu perbicaraan secara tertutup di mahkamah.

Perbicaraan itu difahamkan menyentuh tentang pita rakaman audio yang merekodkan dakwaan Gibson mengancam dan menyumpah model dan pemain piano dari Rusia itu.

Barisan peguam Grigorieva cuba membuktikan bahawa pelakon dan pengarah filem itu tidak sesuai menjaga anak pasangan itu, Lucia.

Malah mereka memohon mahkamah supaya melucutkan hak penjagaan anak Gibson ke atas anak terbabit yang dilahirkan pada Oktober tahun lalu.

Manakala peguam Gibson pula membalas hujah pihak lawan dengan menyatakan pita tersebut telahpun "diusik" dan merancang menyediakan bukti forensik.

Dalam pita itu Gibson menyamakan Grigorieva seperti perempuan yang bekerja sebagai tukang cuci selain memanggil model itu pelacur dan sundal selain mengaku telah memukulnya.

Rakaman itu juga menunjukkan Gibson merendah-rendahkan bangsa kulit hitam dengan mengelar mereka “negro”.

Dalam satu pita yang dipanggil “Lethal Weapon” pelakon itu dilaporkan turut mengancam untuk membunuh Grigorieva.

Artikel Lain