suria

Mel Gibson Semakin Cemas Selepas Rakaman Maki Hamun Tersebar

Aktor, Mel Gibson dan Oksana Grigorieva ketika menghadiri tayangan perdana filem Edge of Darkness di Madrid pada 1 February, 2010. - Foto REUTERS
Aktor, Mel Gibson dan Oksana Grigorieva ketika menghadiri tayangan perdana filem Edge of Darkness di Madrid pada 1 February, 2010. - Foto REUTERS
Aktor, Mel Gibson dan Oksana Grigorieva ketika menghadiri tayangan perdana filem Edge of Darkness di Madrid pada 1 February, 2010. - Foto REUTERS

LOS ANGELES: Pelakon Mel Gibson,54, menghadapi minggu yang amat mencemaskan apabila video maki hamun terhadap bekas kekasihnya berbangsa Rusia, Oksana Grigorieva,40, tersebar.

Dalam video itu Gibson menyamakan Grigorieva seperti perempuan yang bekerja sebagai tukang cuci selain memanggil model itu pelacur dan sundal selain mengaku telah memukulnya.

Rakaman itu juga menunjukkan Gibson merendah-rendahkan bangsa kulit hitam dengan mengelar mereka “negro”.

Dalam satu pita yang dipanggil “Lethal Weapon” pelakon itu dilaporkan turut mengancam untuk membunuh Grigorieva

“Aku akan letakkan kamu di sebuah kebun bunga yang sial,” jeritnya yang dirakam dalam pita itu

Perbualan tersebut telah tersebar ke sebuah laman portal selebriti Radaronline.com tanpa dinyatakan dari mana ia diambil.

Pasangan itu sebelum ini pernah berdebat mengenai seorang wanita yang membersihkan rumah mereka. Gibson menegaskan wanita hanya bekerja untuknya tetapi Grigorieva membantah dengan berkata dia melakukan lebih dari itu kerana turut merawat anak bernama Lucia.

“Aku akan bakar perempuan itu jika dia di rumah awak. Aku akan buat dia terkenal kerana dibakar. Dan kemudian aku akan laporkan kepada mereka yang mengambil wang dari ‘wetbacks’,” herdik Gibson.

‘Wetback’ adalah istilah merujuk kepada penghinaan pendatang asing yang menyeberangi secara haram melalui sungai Rio Grande iaitu sempadan di antara Mexico dan Amerika Syarikat.

Peguam Gibson mendakwa Grigorieva, seorang penyanyi yang mempunyai seorang anak dari hubungan sebelumnya itu cuba menuntut wang lebih banyak untuk menyelesaikan isu melibatkan dia dan Gibson. Grigorieva bagaimanapun menyangkal tuduhan itu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain