suria

Pamela Anderson Bersih Kandang Haiwan

Pamela Anderson - Foto AFP
Pamela Anderson - Foto AFP
Pamela Anderson - Foto AFP

BEKAS bintang filem Baywatch, Pamela Anderson kini melakukan kerja-kerja kebajikan dengan membersihkan kandang hidupan liar di Pusat Hidupan Liar California, Santa Monica.

Anderson selama ini merupakan penyokong perlindungan haiwan dan kerap mengumpul dana untuk tujuan kebajikan.

"Saya membersihkan kotoran di sangkar burung dan memberi makan kepada anak burung hantu," katanya.

Selain itu, selebriti itu ditugaskan untuk melepaskan haiwan liar ke habitat semula jadi mereka.

"Bagaimanapun, saya merupakan pemandu yang teruk dan tidak mempunyai hala tuju. Saya diberi satu kotak dengan seekor burung gagak di dalamnya dan kami sesat.

"Saya pergi ke tiga tempat berbeza untuk mengenalpasti tempat di mana burung itu ditangkap," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain