suria

Angelina Jolie Sangkal Mahu Bersara

AKTRES Angelina Jolie berkata laporan menyatakan dia akan bersara lebih awal adalah tidak benar sama sekali.

Katanya, dia hanya mahu kurang berlakon filem buat masa ini dan mahu tinggal di Afrika selama enam bulan sambil mengendalikan pesawat terbang.

"Laporan itu hanya mahu melariskan majalah. Saya hanya akan kurang berlakon dalam beberapa tahun ini dan sebaliknya membuat kerja lain," katanya.

Jolie memberitahu, bidang lakonan bukanlah keutamaannya sekarang.

Isteri kepada aktor Hollywood, Brad Pitt itu baru selesai menjalani penggambaran filem The Tourist bersama Johnny Depp dan mempunyai beberapa tawaran berlakon dalam filem.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain