suria

Megan Fox Nafi Hamil

BARU sahaja melangsungkan pernikahan dua minggu yang lalu, khabar tentang kehamilan artis Hollywood Megan Fox sudah tersebar luas.

Namun perkara tersebut masih lagi belum disahkan oleh Megan sendiri, malah dia melalui pihak pengurusannya mengeluarkan kenyataan menyangkal dakwaan tersebut dan tidak mahu ia terus berpanjangan.

"Perkara tentang kehamilan Megan adalah tidak benar sama sekali," ujar jurucakap Megan seperti dipetik Splash News.

Hubungan Megan Fox dan Brian Austin Green sebenarnya sudah terjalin agak lama ketika pertama kali bertemu pada tahun 2004 sewaktu Megan berusia 18 tahun.

Pasangan ini bernikah di Four Season Resort Hawaii pada 24 Jun lalu.

Artikel Lain