suria

Perlawanan Akhir Piala Dunia 2010 Dalam Bentuk 3D

Penonton mengenakan cermin mata 3D sewaktu menonton Piala Dunia 2010 berbentuk 3D.
Penonton mengenakan cermin mata 3D sewaktu menonton Piala Dunia 2010 berbentuk 3D.
Penonton mengenakan cermin mata 3D sewaktu menonton Piala Dunia 2010 berbentuk 3D.

PELANGGAN Astro B.yond yang memiliki televisyen 3D dan melanggan pakej Sukan boleh menonton siaran langsung perlawanan akhir Piala Dunia FIFA Afrika Selatan 2010™ secara 3D buat pertama kalinya menerusi saluran 830 pada hari Isnin, 12 Julai, jam 2.30 pagi.

Ketua Pengarah Operasi Astro, Henry Tan berkata: “Rakyat Malaysia sekali lagi bakal merasai pengalaman menonton yang menakjubkan bersama Astro yang mana buat pertama kalinya dalam sejarah Astro membawakan siaran langsung perlawanan akhir Piala Dunia dalam bentuk 3D.

“Ini tentu sekali akan meningkatkan lagi keterujaan kepada para penonton untuk menonton perlawanan akhir tersebut. Para pelanggan Astro B.yond yang melanggan pakej Sukan dan memiliki televisyen 3D akan melakar sejarah sebagai yang pertama di Malaysia untuk menonton pasukan bola sepak kegemaran mereka seolah-olah seperti berada di depan mata secara 3D di kediaman masing-masing.”

Para pelanggan juga perlu mengaktifkan televisyen serta cermin 3D terlebih dahulu. Pelanggan yang tidak memiliki televisyen 3D tidak boleh menonton perlawanan tersebut dalam bentuk 3D tetapi mereka boleh menonton dua pecahan imej kepada kiri dan kanan pada paparan skrin.

“Sony Malaysia amat bertuah dan teruja untuk membawa pengalaman serba baru yang menakjubkan dalam bentuk 3D kepada para pelanggan. Bagi menambahkan lagi keseronokan pengalaman menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA ini, kami juga bakal membawakan siaran langsung perlawanaan akhir dalam bentuk 3D dan definisi tinggi di Sony Fan Fiesta pada 11 Julai ini bertempat di 1 Utama bersama-sama Astro sebagai penyiar rasmi. Bagi sesiapa yang ingin menonton perlawanan Piala Dunia FIFA yang dirakamkan dalam bentuk 3D buat pertama kali oleh Sony, jangan lupa datang beramai-ramai bagi memeriahkan suasana di Sony Fan Fiesta,” kata Pengarah Urusan Sony Malaysia, Naoi Sudo.

Piala Dunia adalah sebuah acara yang termasyhur di dunia dan di Malaysia sendiri telah menyaksikan sebuah fenomena yang mana pertumbuhan jumlah bilangan penonton Astro sama ada di rumah dan juga di luar ternyata mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan.

Henry Tan turut menambah, “Kami amat gembira dengan peningkatan jumlah bilangan penonton sekarang telah meningkat sebanyak 41 peratus sejak 2006 (daripada 3.8 juta pada 2006 kepada 5.3 juta) dengan tambahan sebanyak 30 peratus jumlah penonton yang menonton perlawanan bola sepak di kawasan luar rumah seperti di pusat-pusat komersial.

“Jumlah bilangan kami meningkat sebanyak dua kali ganda untuk perlawanan pembukaan (di antara Afrika Selatan dan Mexico) daripada 748 ribu pada 2006 kepada 1.377 juta. Perlawanan yang paling ramai penonton ialah sewaktu perlawanan Jerman menentang Argentina dengan jumlah bilangan penonton melebihi 1.93 juta di kediaman mereka.”

Astro sentiasa membawa pembaharuan untuk memberi para pelanggan pelbagai pengalaman menonton yang tiada bandingan.

Sebagai penyiar rasmi untuk Piala Dunia FIFA Afrika Selatan 2010Ô, Astro telah berjaya memberikan keseronokan pengalaman menonton dengan membawakan acara sukan ini menerusi perkhidmatan definisi tinggi HD paparan skrin pelbagai – secara on air, online dan menerusi telefon bimbit. Kini Astro bawakan pula acara sukan terbesar di dunia ini kepada satu tahap yang lebih baik dan tinggi dalam bentuk 3D.

Untuk maklumat lanjut, sila layari; www.astro.com.my/byond.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain