suria

Jessica Simpson Bercinta Dengan Suami Orang

PENYANYI dan aktres Jessica Simpson (gambar) menyambut ulang tahunnya yang ke-30, Sabtu, dengan kekasih barunya. Namun khabarnya lelaki itu belum bercerai secara rasmi dengan isterinya.

Jessica dan kekasihnya yang dikenali sebagai Eric Johnson dikhabarkan sudah lima minggu menjalin asmara.

Menurut Us Weekly, Sabtu, Eric belum menceraikan secara rasmi isterinya, Keri, yang dinikahinya selama lima tahun. Penceraian Keri dan Eric telah difailkan sejak Januari 2010, namun belum selesai sehingga saat ini.

Status Eric yang sedang dalam proses perceraian itu, rupanya bukan suatu masalah buat Jessica. Kedua-duanya juga tidak malu untuk menunjukkan kemesraan mereka.

Jumaat lalu, Jessica dan Eric kelihatan mesra di Pulau Capri, Itali. Sebelum itu, pasangan itu juga pergi bersama ke Jacksonville, Florida, Amerika Syarikat untuk menghadiri pesta ulang tahun pernikahan ke-60 datuk dan nenek Eric.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain