suria

"Spartacus: Blood and Sand" Temui Penonton Malam Ini

SIRI baru, Spartacus: Blood and Sand akan ditayangkan buat kali pertama seluruh Asia pada hari ini pukul 11 malam (waktu Malaysia) menerusi saluran MAX (Astro saluran 412). Filem ini dihasilkan oleh penerbit yang menggondol anugerah terkemuka seperti Sam Raimi (Spider-Man), Rob Tapert (The Grudge), Joshua Donen (The Quick and the Dead) dan Steven S. DeKnight (Buffy the Vampire Slayer).

Siri ini mengisahkan Spartacus dikhianati oleh orang Roma, dipaksa ke alam pengabdian dan akhirnya menjelma semula sebagai seorang gladiator.

Selepas terpisah dari tanahair dan wanita tercinta, Spartacus dihumban ke dunia kejam di mana darah dan maut adalah hiburan utama mereka.

Untuk terus hidup, beliau mesti menjadi seorang insan yang luar biasa.

Epik televisyen ini terkenal dengan gabungan aksi-aksi hebat, unik serta imej grafik yang meyakinkan selain babak pertempuran.

Spartacus: Blood and Sand merupakan siri yang telah mencapai kejayaan luar biasa di Amerika Syarikat.

Tayangan perdananya telah mencecah lebih daripada 3.8 juta penonton.

Malah siri ini juga telah berupaya mengekalkan lebih dari satu juta penonton setiap minggu sepanjang tayangannya.

Artikel Sebelum

Seniman Harap Bantuan

Artikel Berikut

Artikel Lain