suria

Megan Fox Nafi Berkahwin Kerana Hamil

AKTRES seksi Megan Fox (gambar) telah melangsungkan perkahwinan dengan Brian Austin Green (gambar).

Namun dia menafikan dakwaan kononnya perkahwinan itu dilangsungkan secara rahsia gara-gara bintang Transformers itu hamil.

"Khabar angin itu tidak benar," kata jurucakap Megan kepada GossipCop semalam.

Dakwaan itu tersebar setelah Brian khabarnya suka menggosok perut aktres kelahiran Oak Ridge, Tennessee, Amerika Syarikat itu.

Megan dan Brian berkahwin di Hawai pada Jun lalu. Khabarnya, Megan juga tidak mengundang ayahnya, Franklin Fox dalam upacara perkahwinan itu.

Ini kerana ayahnya mengetahui berita perkahwinannya menerusi kiriman gambar dan melalui telefon sebaik tamat upacara tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain