suria

KD Panasaran Ingin Melihat Video Lucah Mirip Dia & Ariel

PENYANYI Krisdayanti yang dikatakan turut terlibat dalam salah satu video lucah milik Ariel teringin untuk menyaksikan video tersebut. Menurutnya, dia mahu menilai sendiri video tersebut jika ia benar-benar wujud.

"KD beritahu jika video lucah itu benar-benar wujud, dia mahu melihatnya," ujar Elsie Lontoh, sahabat kepada bekas isteri Anang itu seperti dipetik detikhot.com

Melihat reaksi daripada KD, Elsie juga yakin bahawa video lucah mirip KD dan Ariel itu tidak ada. Menurutnya, khabar tersebut disebarkan hanya untuk menjatuhkan imej penyanyi lagu I'm Sorry Goodbye itu.

Elsie memberitahu bahawa KD tidak mahu ambil peduli terhadap gosip video lucah tersebut. Malah dia turut menertawakan gosip tersebut.

"Pada awalnya dia sempat terkejut juga bila namanya juga disebuty-sebut," jelas Elsie.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Alyah Belum Mahu Bercinta

Artikel Lain