suria

Kristen Stewart Tidak Mahu Jadi Angelina Jolie

PELAKON Twilight, Kristen Stewart tidak tertarik untuk menjadi seperti aktres popular Angelina Jolie.

Pemegang watak Bella Swan itu memberitahu tidak suka mendapat perhatian media apabila menjadi terlalu terkenal.

"Saya tidak mahu jadi seperti Angelina Jolie," kata Kristen seperti dipetik Nowmagazine.

Kristen mengakui Jolie seorang yang sangat berbakat, cantik, berjaya, mengagumkan dan banyak melakukan kegiatan amal. Tapi artis yang dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Robert Pattinson itu tidak langsung terfikir untuk menjadi seperti Jolie.

"Saya tidak terfikir langsung untuk menjadi sepopular Jolie dan tidak mahu menjadi tumpuan di mana-mana sahaja" katanya.

Artis jelita kelahiran Los Angeles ini menjadi terkenal setelah memainkan watak Bella Swan dalam filem Twilight. Kristen sebenarnya telah memulakan kerjaya lakonannya pada 2001 melalui filem The Safety of Objects.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain