suria

Mawi Tolak Tuduhan Jatuh Merudum

PENYANYI Mawi (gambar) tetap mempertahankan dirinya masih lagi popular dengan menolak dakwaan dia sebenarnya sudah jatuh merudum.

Malah Juara Akademi Fantasia muzik ketiga (AF3) itu berkata dia masih mendapat tawaran menyanyi dan akan menghasilkan album berjudul Idola tidak lama lagi.

“Selagi ada sokongan peminat terhadap saya dalam bidang nyanyian, selagi itulah saya akan menyanyi,” katanya kepada akhbar mingguan Mstar semalam.

Mawi juga menolak tanggapan buruk masyarakat dia terpaksa beralih untuk menjadi pengarah drama selepas mendapati kerjaya seninya mula terumbang ambing walaupun tidak mempunyai pengalaman sebagai pengarah.

Menolak tuduhan itu, ujar Mawi tidak salah dia mengembangkan bakatnya dalam cabang baru apatah lagi menerusi syarikat produksinya Mawi World Entertainment.

“Saya memang sudah lama berhasrat menjadi pengarah apatah lagi selepas saya menghasilkan sendiri skrip Pak Nil, Mak Kirim Salam,” katanya.

Jelas penyanyi itu lagi, percubaannya dalam bidang pengarahan tidak ada kena mengena dengan dakwaan kononnya dia terpaksa beralih kepada pekerjaan lain selepas aktiviti seninya mula merudum.

Tambah Mawi, dia masih membuat persembahan di merata tempat dan soal banyak atau kurang tawaran itu adalah rezeki yang ditentukan Tuhan.

“Sebelum popular dulu pun saya bukan hidup kaya raya. Jadi perkara itu tidak menjadi masalah buat saya,” katanya yang sudah membuka medan selera Lambai-Lambai di Johor Bahru, Johor sejak sebulan lalu,” katanya.

* Akhbar Mingguan mStar diterbitkan setiap Ahad bersama The Sunday Star sekitar Lembah Kelang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain