suria

KD Kembali Berlakon Sinetron?

PENYANYI Krisdayanti atau KD (gambar) pernah menjayakan beberapa sinetron seperti Doaku Harapanku dan Doa dan Anugerah. Kini dia sedang memikirkan sama ada hendak kembali berlakon sinetron.

"Saya ada menerima tawaran berlakon tetapi masih dalam pertimbangan," ujar peguam yang juga sahabat KD, Elsi Lontoh kepada detikhot.com semalam.

Menurut Elsi, KD masih memikirkan tentang penggambaran yang harus dijalaninya jika menerima sinetron itu kerana ia boleh mengambil masa yang lama.

Sejak kebelakangan ini, KD memang tidak mengambil terlalu banyak tawaran kerja. Sebaliknya penyanyi lagu popular Aku Wanita Biasa itu sedang berehat daripada aktivitinya.

Bagaimanapun, KD menafikan pendapatannya semakin berkurang kerana kedua-dua anaknya tinggal bersama bekas suaminya, Anang.

KD memulakan karier lakonannya pada tahun 1993 menerusi siri None dan kali terakhir dia berlakon menerusi sinetron Mukjizat Allah pada 2005.

Artikel Lain