suria

Umie Aida Terkilan

Umie Aida (dua, kiri) beramah mesra dengan penderma darah ketika menghadiri program derma darah sempena Hari Derma Darah Sedunia 2010 di Stesen Monorel Tun Sambanthan, Brickfields, semalam. Turut kelihatan Pakar Patalogi (Hematologi) Pusat Darah Negara Dr Morris Naim (kiri). - Foto BERNAMA

PELAKON terkenal Datin Paduka Umie Aida berhasrat menderma darah pada Hari Derma Darah Sedunia 2010 di Stesen Monorel Tun Sambanthan, semalam.

Kehadirannya pada majlis tersebut adalah atas kapasiti sebagai duta majlis tersebut.

Bagaimanapun, satu panggilan kecemasan yang diterimanya dari rumah menyebabkan dia bergegas ke hospital.

"Saya terpaksa bergegas ke hospital dengan segera kerana bapa mertua dikejarkan ke situ kerana sakit usus.

"Saya hanya sempat meluangkan masa kira-kira 20 minit di majlis itu," katanya kepada mStar Online.

Orang ramai berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan percuma serta pemeriksaan asas "sexually Transmitted Infection" (STI) dan menyaksikan pameran oleh Majlis Kanser Nasional (Makna) dan Majlis AIDS Malaysia.

Program tahunan itu dianjurkan oleh KL Star Rail Sdn Bhd (KLSR).

Menurut Ummie, sebelum panggilan telefon itu, dia telah menjalani pemeriksaan darah untuk memastikan kesesuaiannya menderma darah.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kandungan pigmen yang terdapat dalam darahnya adalah mencukupi.

"Mereka kata Umie memang layak untuk menderma darah," ujar isteri kepada ahli perniagaan Datuk Khairuddin Abu Hassan itu.

Sementara itu, Umie memberitahu, dia akan ke Los Angeles bulan depan untuk berbulan madu kali kedua.

Selepas itu, dia akan kembali ke lokasi penggambaran untuk filem di bawah arahan pengarah Aziz M. Osman kelak.

Artikel Berikut

Artikel Lain