suria

Siaran Majlis Perkahwinan Katie Price Bernilai RM2.8 Juta

Katie Price. - Foto AP
Katie Price. - Foto AP
Katie Price. - Foto AP

MODEL Katie Price dan suaminya, Alex Reid menandatangani perjanjian bernilai AS$888,600 (RM2.8juta) untuk memberi hak penyiaran majlis merestui perkahwinan mereka di saluran hiburan Britain ITV.

Majlis tersebut yang bakal diadakan bulan hadapan, akan disiarkan sebanyak tiga siri dan diberi tajuk For Better For Worse.

Rancangan itu akan memaparkan pasangan tersebut daripada saat melakukan persiapan perkahwinan yang akan diadakan pada musim panas sehingga mereka berbulan madu.

“Ia akan menjadi sesuatu yang hebat untuk berkongsi hari gembira dengan keluarga dan rakan. Saya tidak sabar untuk meraikan detik percintaan kami,” kata Price kepada media.

“Katie dan saya tidak sabar untuk meraikan hari istimewa kami bersama keluarga dan sahabat karib. Melihat dia berjalan menuju ke arah saya sekali lagi dan berkongsi detik itu bersama orang yang dikasihi akan membuatkan ia lebih diingati,” kata Reid.

Pasangan itu sebelum ini berkahwin secara rahsia di Las Vegas pada Februari lalu.

Artikel Berikut

Artikel Lain