suria

Krisdayanti Bimbang Anak Gagal Peperiksaan

Krisdayanti (KD). - Foto THE STAR Oleh UU BAN
Krisdayanti (KD). - Foto THE STAR Oleh UU BAN
Krisdayanti (KD). - Foto THE STAR Oleh UU BAN

JAKARTA: Sejak bercerai dengan Anang, penyanyi Krisdayanti (KD) tidak berpeluang memantau pendidikan kedua-dua anaknya.

Lantaran itu, KD,35, sentiasa khuatir anaknya Aurelle tidak lulus dalam peperiksaan sekolah.

"Saya khuatir, kerana saya tidak biasa menemani mereka ke sekolah setiap hari," ujar KD.

Namun, KD tidak perlu bimbang sekarang. Ini kerana Aurelle lulus dengan keputusan peperiksaan yang sangat baik.

"Sebagai ibu saya bangga apabila anak saya lulus periksa," katanya.

KD memberitahu, dia senang berjumpa dengan anak-anaknya kerana ada tolak ansur bekas suaminya, Anang. - detikHot

Artikel Berikut

Artikel Lain