suria

Hakim Tiada Kuasa Halang Doktor Michael Jackson Bekerja

Dr. Conrad Murray. - Foto AP
Dr. Conrad Murray. - Foto AP
Dr. Conrad Murray. - Foto AP

DOKTOR kepada mendiang Michael Jackson iaitu Conrad Murray bebas meneruskan kerjayanya sebagai pengamal perubatan di California sementara menanti perbicaraan seterusnya di mahkamah.

Seorang hakim Los Angeles berkata dia tidak mempunyai bidang kuasa untuk menghalang Murray daripada bekerja.

Murrah didakwa menyebabkan kematian Raja Pop itu secara mengejut selepas memberikan suntikan anestetik.

Ahli-ahli keluarga Jackson berada di mahkamah semasa perbicaraan tersebut berlangsung.

Terdahulu, pihak pendakwa raya memohon mahkamah supaya menggantung lesen perubatan doktor itu.

Artikel Sebelum

Usher Gegar KL 7 Julai

Artikel Berikut

Artikel Lain