suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zarina Elak Telan Pil Untuk Cantik

Zarina Zainoordin mengamalkan petua minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari dan kerap kali mencuci wajah sebelum tidur. - Foto THE STAR Oleh KEVIN TAN
Zarina Zainoordin mengamalkan petua minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari dan kerap kali mencuci wajah sebelum tidur. - Foto THE STAR Oleh KEVIN TAN
Zarina Zainoordin mengamalkan petua minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari dan kerap kali mencuci wajah sebelum tidur. - Foto THE STAR Oleh KEVIN TAN

BEKAS pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Zarina Zainoordin,26, menasihatkan para peminatnya agar tidak mengambil sebarang pil pelangsingan badan untuk kelihatan cantik.

Sebaliknya Zarina berharap mereka meniru petuanya iaitu mengamalkan meminum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari dan kerap kali mencuci wajah sebelum tidur.

“Pil atau ubat-ubat kurus memang boleh menyebabkan kita kurus tetapi ia boleh memberi kesan negatif dalam tempoh tertentu selain membuatkan emosi menjadi tidak stabil.

“Berdasarkan kepada pengalaman rakan-rakan saya yang terlalu bergantung pada ubat-ubatan, badan mereka bertambah berat dua kali ganda selepas berhenti mengambil ubat. Ia lagi membahayakan,” katanya.

Menurut Zarina, dia banyak melakukan aktiviti seperti bersenam untuk mengekalkan kesihatan badan selain meminum air yang banyak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

Ia bertujuan untuk memudahkan proses pembuangan sisa-sisa toksin yang terkumpul di dalam badan.

“Amalan meminum air yang banyak adalah petua yang paling baik dan penting untuk diamalkan. Ia juga boleh bertindak melindungi bibir supaya tidak kering,” katanya.

Selain itu, Zarina juga turut berkongsi petua menjaga suara dengan mengamalkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya lapan jam sehari dan mengelak membaca di tempat gelap untuk kesihatan mata.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain