suria

Miley Cryrus Bintangi Hannah Montana

BINTANG remaja popular Miley Cyrus kembali menggegarkan kaca televisyen anda dalam rancangan TV paling popular Hannah Montana.

Siri ini telah mencetus satu fenomena baru apabila berjaya mencatat jumlah penonton seramai 5.4 juta sekaligus menjadikan ia sebagai rancangan Disney Channel yang paling berjaya.

Hannah Montana (Musim ke-3) akan disiarkan di saluran hip 8TV pada setiap Sabtu dan Ahad jam 10.30 pagi.

Hannah Montana merupakan hasil ciptaan Michael Poryes, Richard Correll dan Barry O'Brien yang membawa anda mengikuti kehidupan seharian seorang remaja Miley Stewart.

Miley Stewart mempunyai dua personaliti yang berbeza di mana pada siang hari Miley menjalani kehidupan seperti remaja biasa manakala pada malam hari beliau menjalani kehidupan sebagai penyanyi pop terkenal.

Musim ke-3 ini bakal menyaksikan perjalanan suka duka Miley bersama rakan-rakannya. Miley Stewart cukup bertuah dalam dalam kedua-dua kehidupannya sebagai artis dan remaja biasa.

Suatu hari Miley bermimpi bahawa rakan karibnya Lilly menaruh hati terhadap Jackson yang merupakan adik lelaki Miley.

Keesokan harinya Miley memberitahu Lilly tentang perkara itu dan terkejut apabila mendapat tahu Lilly sebenarnya memang menaruh hati terhadap Jackson.

Apa yang lebih mengejutkan Miley, apabila Jackson juga memberitahu Miley yang beliau juga menyimpan perasaan terhadap Lilly.

Miley yang kurang senang dengan keadaan itu telah menipu kepada Jackson dan Lilly yang mereka tidak pernah menyimpan perasaan antara satu sama lain kerana ada jurang yang besar di antara mereka.

Banyak insiden yang menarik berlaku dalam musim ke-3 ini dan anda pasti tidak mahu ketinggalan mengikuti kisah Miley ini. Saksikan Hannah Montana yang akan menemui penonton setiap Sabtu dan Ahad jam 10.30 pagi hanya di saluran hip 8TV!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain