suria

Nisha Dirr Mahu Jadi 'Orang Gila'

Nisha baru habis membuat penggambaran telefilem berjudul Prima Facie untuk Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) terbitan MNN Entertainment Sdn Bhd. - Foto THE STAR Oleh CHAN TAK KONG

PELAKON Nisha Dirr merasakan dirinya tidak lengkap menjadi seorang pelakon sekiranya tidak mendapat watak sebagai orang gila.

Kata Nsiha atau nama sebenarnya Nik Shahri’ah Nik Dir, selama ini dia banyak diberi kepercayaan memegang watak wanita gedik serta beberapa watak lain yang dibenci penonton.

“Kebanyakan watak yang saya terima agak kurang mencabar. Sebab itulah saya teringin untuk memegang watak orang gila atau penagih dadah. Tetapi dalam drama bersiri Cubit-Cubit Sayang ada yang nampak kononnya watak saya macam orang gila tapin saya tidak gila.

"Dalam drama itu saya cuma hampir dirogol, tapi saya tak gilalah. Watak yang betul-betul gila belum lagi. Masih banyak yang belum dibawa seperti penagih dadah," katanya kepada mStar Online baru-baru ini.

Nisha sebenarnya telah berlakon dalam banyak drama televisyen antaranya, Misi XX-Ray II, Ha! Cucu Opah Nak Kahwin, Aku Tanpa Cintamu, Dan Jendela Pun Terbuka, Mrs Beckham, Bayangan Wajah, Aku Cinta Aku Rindu dan Akademi Cinta.

Mengenai perkembangan terbarunya, Nisha baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem berjudul Prima Facie untuk RTM terbitan MNN Entertainment Sdn. Bhd.

Katanya, dalam telefilem itu dia membawa watak seorang peguam.

"Drama itu merupakan sebuah cerita mahkamah tentang seorang peguam yang cuba membela seorang ayah tiri yang merogol anaknya.

"Saya ingat lelaki ini jujur tetapi saya ditipu dalam kes jenayah ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain