suria

Victoria Beckham Tengking Ibu Hamil

ISTERI David Beckham, Victoria Beckham (gambar) tergamak menengking seorang wanita hamil yang meminta Beckham mengusap perutnya.

Kejadian itu berlaku dalam lif sebuah hotel di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Ibu hamil itu meminta pemain bola berasal dari Britain itu menggosok perutnya kerana mahu anak yang bakal dilahirkan dapat menjadi pemain bola dan popular seperti Beckham kelak.

"Setelah wanita itu masuk ke dalam lif, dia terpandang Beckham dan memberitahu yang dia sedang hamil. Dia meminta kebenaran Beckham untuk menggosok perutnya agar anaknya nanti akan menjadi atlet terkenal," jelas satu sumber kepada Contact Music semalam.

Namun sebelum Beckham mengusap perutnya, Victoria berteriak dan mengomel kepada ibu hamil itu.

"Apakah awak bergurau? Adakah awak tahu berapa ramai perempuan seperti awal cuba meminta hal seperti itu? Lihat saja dirimu, saya ragu-ragu sama ada awak betul-betul hamil atau tidak?" jerit Victoria.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain