Gwen Stefani (kiri) dan suaminya, Gavin Rossdale hadir ke pembukaan butik Tod di Beverly Hills, California pada 15 April 2010. - Foto APPENYANYI Gwen Stefani mendedahkan bahawa dia tidak tahu memasak dan bergantung kepada suaminya untuk menyediakan hidangan makanan keluarga."Saya tidak masak. Saya hanya tahu gunakan pembakar roti. Saya boleh tuangkan air dan mengemas meja makan. Ia (Memasak) bukanlah merupakan satu pilihan," media memetik kenyataan Stefani. Penyanyi lagu Rich Girl itu mempunyai dua anak, Kingston, 4, dan Zuma, 2, hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Gavin Rossdale.Stefani mengakui suaminya suka memasak."Dia memasak setiap hari. Dia suka membeli-belah dan mencari barang-barang runcit. Saya sangat bertuah," katanya.