suria

Muzium Michael Jackson Mula Dibina

Joe Jackson ketika dalam sidang akhbar pada 2 Jun 2010, di Gary. - Foto AP Photo
Joe Jackson ketika dalam sidang akhbar pada 2 Jun 2010, di Gary. - Foto AP Photo
Joe Jackson ketika dalam sidang akhbar pada 2 Jun 2010, di Gary. - Foto AP Photo

AYAH legenda pop Michael Jackson, Joe telah menandatangani satu urus janji untuk membina satu muzium bernilai RM981 juta yang didedikasikan kepada mendiang anaknya di Gary, Indiana.

Joe berkata kerja-kerja pembinaan muzium dan pusat seni akan bermula pada 2011.

"Ini adalah hari yang menggembirakan saya kerana ini adalah sesuatu yang ingin kami lakukan. Kami akan membawa sesuatu kembali (ke bandar)," kata Joe pada Rabu.

Media melaporkan para pegawai bandar telah mendermakan 121.4 hektar tanah untuk tujuan pembinaan muzium dan Hotel Keluarga Jackson di samping Pusat Persembahan dan Kesenian serta Teater Michael Jackson.

Datuk Bandar Gary, Rudy Clay percaya muzium itu akan mewujudkan ribuan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan yang menganggur ekoran krisis ekonomi.

Katanya, ia juga akan menggalakkan pelancongan apabila ia selesai dibina.

"Projek ini akan menjadi magnet yang menarik penglibatan orang ramai dari segenap pelosok dunia," kata Clay.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain