suria

John Mayer Batal Konsert Kerana Sakit

PENYANYI dan penulis lagu John Mayer (gambar) jatuh sakit. Namun sehingga kini tidak diketahui apakah penyakit yang ditanggung penyanyi hits Your Body is Wonderland itu.

Disebabkan itu, siri jelajah konsertnya ke Amsterdam, Madrid dan Manchester terpaksa dibatalkan.

Dalam laman webnya, www.johnmayer.com, John khabarnya jatuh sakit ketika menghadiri satu forum di Copenhagen, Denmark pada Ahad lalu.

Sayangnya, akibat penyakit itu John terpaksa membatalkan jadual siri jelajahnya di Eropah minggu ini.

"Sekarang John sudah kembali ke Amerika, dan berada di bawah pengawasan doktor sepenuhnya," kata John di laman webnya itu.

Selepas siri jelajah tersebut, John dijadualkan untuk muncul di Carolina Selatan, pada 17 Julai depan.

Tidak ramai yang tahu John pernah hampir mati ketika berumur 17 tahun setelah jantungnya berfungsi secara tidak normal sehingga dia tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke hospital.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain