suria

Kenapa Rupert Grint Malu Tonton Filem Sendiri?

Rupert Grint hadir ke Anugerah Filem Empire 2010 di London pada 28 Mac 2010. - Foto AFP
Rupert Grint hadir ke Anugerah Filem Empire 2010 di London pada 28 Mac 2010. - Foto AFP
Rupert Grint hadir ke Anugerah Filem Empire 2010 di London pada 28 Mac 2010. - Foto AFP

PELAKON Hollywood, Rupert Grint berkata, dia tidak sanggup menonton filem versi pertama Harry Potter lakonannya kerana malu melihat dirinya yang belum akhil baligh.

Aktor itu yang popular melalui wataknya, Ron Weasley dalam filem tersebut.

"Jika filem versi pertama itu disiarkan di televisyen, saya akan menonton sekali imbas sahaja. Saya tidak pernah menonton keseluruhan filem itu kerana malu," ujarnya.

Grint, 21, mengakui dia curiga kerana takut dianggap sekadar pelakon watak dalam siri siri Harry Potter sahaja.

Sehubungan itu, dia bercadang membawakan watak berbeza dalam komedi baru Wild Target.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain