suria

Pengunduran Penuh Emosi Simon Cowell Dari American Idol

"Selamat tinggal American Idol...". - Foto AP
"Selamat tinggal American Idol...". - Foto AP

JURI American Idol, Simon Cowell akhirnya berundur daripada program realiti paling popular itu selepas menduduki kerusi itu selama sembilan tahun.

Juri yang "tidak disenangi para peserta" program itu mempamerkan sifat manisnya apabila dia memeluk bekas juri program itu, Paula Abdul dan mengucapkan selamat tinggal kepada rancangan itu.

Dalam episod terakhir, matanya juri dari United Kingdom itu kelihatan berkaca ketika dikelilingi para pemenang terdahulu.

Selebriti terkenal itu nekad mengundurkan diri dari program popular itu untuk menumpuan perhatian pada program realiti terbarunya, X Factor yang dijadualkan menembusi kaca televisyen di Amerika Syarikat pada tahun depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain