suria

Pasha 'Ungu' Pilih Gadis Berbanding Janda

SELEPAS bercerai dengan Okie Agustina, Pasha 'Ungu' lebih hati-hati dalam mencari jodoh. Pasha menyatakan keinginannya untuk bernikah dengan seorang gadis berbanding janda.

"Jika masih ramai gadis, mengapa nikah dengan janda," kata Pasha saat ditemui di Studio Dashyat RCTI, Jalan Raya Perjuangan, Jakarta Barat semalam.

Pasha menyimpan angan-angan untuk mempunyai ramai anak daripada isterinya kelak jika dia bernikah lagi selepas ini.

"Yang pasti saya suka dengan anak kecil dan mahu mempunyai ramai anak. Jadi kalau masih ada peluang dan jodoh, saya mahu ada anak lagi," jelas Pasha.

Meski sudah menyampaikan angan-angannya untuk bernikah lagi, Pasha tidak ingin terburu-buru menamatkan zaman dudanya. Lelaki bernama Sigit Purnomo itu tidak ingin pernikahannya gagal lagi.

"Daripada cepat-cepat, lebih baik lambat-lambat asalkan ia memberikan keuntungan pada masa depan," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain