suria

Orlando Bloom Tolak 'Pirates Of Caribbean 4' Demi 'The Three Musketeers'

ALASAN aktor Orlando Bloom menarik diri dari Pirates of Caribbean 4 sudah terjawab. Dia lebih memilih untuk beraksi dalam The Three Musketeers berbanding mendampingi Johnny Depp dalam filem itu.

Menurut Contact Music semalam, sebelum ini Orlando Bloom menandatangani kontrak untuk tampil dalam filem terbaru The Three Musketeers.

Aktor berusia 33 tahun itu melakonkan watak Duke of Buckingham, karakter antagonis dalam filem arahan Paul W. S. Anderson itu.

Dalam filem itu, Orlando akan tampil bersama-sama bintang Inglorious Basterds, Christoph Waltz yang melakonkan watak Cardinal Richelieu.

Sementara Logan Lerman berlakon sebagai D'Artagnan manakala karakter Athos, Porthos dan Aramis dilakonkan oleh Matthew MacFadyen, Ray Stevenson dan Luke Evans.

Aktres cantik Milla Jovovich juga akan mengambil bahagian dalam filem tersebut. Pelakon watakAlice dalam siri Resident Evil itu tampil sebagai M'lady De Winter.

The Three Musketeers diadaptasi dari novel tahun 1844 karya Alexandre Dumas. Filem itu dijangka akan ditayangkan pada tahun depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain