suria

Khabar Angin Kematian Rihanna Tersebar di Twitter

BERITA kematian penyanyi terkenal, Rihanna yang tersebar di Twitter semalam memberi kegelisahan kepada peminat-peminatnya. Tetapi dalam masa yang sama Rihanna sibuk dengan promosi single terbarunya, Rockstar 101.

"Telah meninggal dunia,a very Talented American Musician RIHANNA @7.15 pm (USA time) kerana kemalangan kereta @ MELROSE PLACE ,LA-CAL," seperti dipetik laman web Kapanlagi.cm.

Demikian postin yang kemudian direspon oleh ramai pengguna Twitter. Lebih lucu khabar kematian Rihanna hanya heboh di Indonesia sahaja. Sementara di laman web berita luar negera masih belum ada sebarang berita mengenai hal tersebut.

Pagi semalam Rihanna masih mengemaskini Twitternya bagi mempromosi video klip Rockstar 101 yang akan ditayangkan serentak semalam.

Khabar berkenaan kematiannya hanya gosip semata-mata kerana hingga saat ini belum ada pengesahan rasmi tentang itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain