suria

Juara AF8 Shahir Tidak Akan Sombong

Shahir menghiburkan para peminat buat kali terakhir sebelum konsert AF8 berakhir. - Foto THE STAR Oleh SHAARI CHEMAT
Shahir menghiburkan para peminat buat kali terakhir sebelum konsert AF8 berakhir. - Foto THE STAR Oleh SHAARI CHEMAT
Shahir menghiburkan para peminat buat kali terakhir sebelum konsert AF8 berakhir. - Foto THE STAR Oleh SHAARI CHEMAT

JUARA Akademi Fantasia 8, Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir pernah digelar sebagai ustaz kerana memiliki ciri-ciri lelaki yang dihormati ramai.

Selama ini pun, peserta berasal dari Ipoh ini sangat berhemah apabila didekati peminatnya malah ahli media.

Tiada lagak diva dan dia akan melayani pertanyaan serta permintaan ramai dengan sebaik-baiknya.

Mungkinkah Shahir akan dihanyutkan arus populariti selepas bergelar juara AF8?

Ketika ditanya sama ada dia akan berhidung tinggi pada sidang akhbar selepas konsert akhir AF8, Shahir berkata, dia tidak akan sesekali mengubah personalitinya yang baik.

Tingkah laku yang disukai akan tetap dipertahankan manakala kelakuan buruk dijauhi.

"Insya Allah, walau apa pun yang datang dan perkembangan karier saya harap akan diperhatikan, diberi tunjuk ajar oleh pengetua Cikgu Norman dan lain-lain pengajar," katanya.

Semasa menjawab pertanyaan wartawan tentang perasaannya bergelar juara AF8, jawapan Shahir membuktikan betapa dia masih mempamerkan sifat-sifat murni.

"Sejujurnya saya tidak menjangkakan akan diumumkan menjadi juara. Saya sebenarnya berasa bersalah kerana di atas pentas, saya tidak sempat atau bersedia langsung dari segi ucapan dan saya hampir terlupa mengucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang sebenarnya berada di belakang saya yang memberikan tunjuk ajar.

"Tanpa mereka,saya rasa kami 12 peserta AF8 tidak akan berada di kedudukan kami hari ini," katanya yang tidak seperti kacang lupakan kulit.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain