suria

Saya Bukan Kaki Perempuan, Kata Will.I.Am

Will.I.Am dari kumpulan The Black Eyed Peas memegang anugerah World's Best Pop Artist semasa World Music Awards di Monte Carlo pada 18 Mei 2010. - Foto REUTERS

PENYANYI rap kumpulan Black Eyed Peas, Will.I.Am menyangkal khabar angin bahawa dia merupakan seorang kaki perempuan.

Dia menegaskan wanita selalu melihatnya sebagai seorang kawan dan bukannya kekasih mereka.

Will.I.Am baru-baru ini berpisah dengan kekasih sulitnya yang telah berpacaran dengannya selama lapan tahun.

Dia juga pernah dikaitkan dengan penyanyi Britain, Cheryl Cole selepas bintang kumpulan Girls Aloud berpisah dengan suaminya, Ashley Cole yang juga pemain pertahanan Chelsea.

"Saya bukan seorang pisau cukur.... Saya selalu merupakan seorang kawan, jauh sekali daripada seorang kekasih. Saya lebih suka jatuh hati pada seseorang dan dia memberitahu saya, 'Saya tidak tahu Will, saya lihat anda sebagai abang saya'," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain