Rihanna membuat persembahan konsert Last Girl on Earth di Berlin pada 2 Mei 2010 di Berlin. - Foto AFPBINTANG pop Rihanna mungkin mengambil anak angkat pada masa depan kerana dia takut bersalin.Penyanyi lagu The Umbrella itu menurut media, mendedahkan perancangan masa depannya termasuk mendirikan rumah tangga serta keterujaannya menjadi seorang ibu. Tambahnya, dia akan berusaha memiliki anak."Saya sebenarnya takut untuk bersalin tetapi saya ingin menjadi seorang ibu pada satu hari nanti."Walaupun saya terpaksa mengambil anak angkat, saya tetap ingin bergelar ibu," katanya.