Personaliti media, Oprah Winfrey menghadiri Live Your Best Life Walk untuk menyambut O, The Oprah Magazine's 10th Anniversary di Intrepid Welcome Center, New York City pada 9 Mei 2010. - Foto AFPKHABARNYA staf pengacara televisyen Oprah Winfrey menggelarnya sebagai Mary.Bagaimanapun, menurut periwayat Kitty Kelley, staf di lokasi penggambaran di Chicago masih memanggilnya Cik Winfrey. "Di luar, Winfrey digelar dengan kod nama Mary," katanya.Dengan penggunaan nama Mary, jelas Kelley, orang lain tidak dapat meneka stafnya sedang bercakap tentang Oprah.Kelley dalam bukunya turut mendakwa, Oprah menjalin perhubungan homoseksual dalam kehidupannya.Selain itu, dakwanya, hos terkenal itu berseronok-seronok dengan bekas hos televisyen John Tesh.