suria

Lady Gaga Hadiahkan Rolls-Royce Kepada Ibu Bapa

Lady Gaga membuat persembahan di Carnegie Hall, New York pada 13 Mei, 2010. - Foto REUTERS
Lady Gaga membuat persembahan di Carnegie Hall, New York pada 13 Mei, 2010. - Foto REUTERS
Lady Gaga membuat persembahan di Carnegie Hall, New York pada 13 Mei, 2010. - Foto REUTERS

PENYANYI pop Lady Gaga menghadiahkan ibu bapanya, Joseph dan Cynthia sebuah kereta Rolls-Royce sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Media melaporkan Gaga menghiaskan kereta itu dengan busur yang besar dan mesej 'Kereta yang tahan lama seperti kasih sayang anda'.

"Saya membelikan sebuah kereta Rolls-Royce kepada ibu bapa saya. Ia berwarna hitam. Ayah saya ialah orang Itali. Jadi saya ingin mendapatkan sebuah kereta yang hebat. Dan saya menghantarkannya kepada mereka pada hari ulang tahun perkahwinan mereka," kata Gaga.

Gaga berkata ibu bapanya pada mulanya ingat dia menyewakan kereta itu untuk dipandu oleh mereka.

Bagaimanapun katanya, ayahnya sangat terharu apabile mengetahui dia membelikan kereta itu untuk mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain